tinggal dirumah "punk"adalah pengalaman terbaik dalam hidup untuk aku setakat ini.Dari satu bilik sederhana besar sumbat hampir 7 orang yang berbeza bau,idea dan translasi sexualnye,bayangkan bagaimana kami harus melampiaskan nafsu masturbasi masing masing.Mungkin rumah punk adalah utopia terdekat untuk impian duduk di rumah komunal.Berkongsi aspirasi,jenaka,makanan dan arak,aku pun tak faham kenapa orang masih memilih keluarga nuclear,renovasi dapur pinjaman kereta.
"If i find in myself a desire which nothing in this world can satisfy, the most probable explaination is that i was made for another world"- C.S Lewis adalah sebahagian dari inspirasi aku untuk mengeluarkan diri aku dari "dunia" yang aku masih berpaut sekarang,Memang persoalan existansi sentiasa menghantui semua orang,cuma kekuatan yang diperlukan agak kurang.Aku bertuah aku dikelilingi oleh oleh teman teman yang berani dan cekal yang tidak pernah jemu untuk mencipta kehidupan mereka sendiri dan akan sentiasa memberi aku inspirasi dan api untuk aku bergerak.